Sambutan Hari Penjara Ke-225, peringkat Institusi Penjara Marang Terengganu telah diadakan pada 19 Mac 2015. Di antara pengisian majlis yang disempurnakan oleh Penguasa Penjara Raja Mohd Amazon bin Raja Daud, Timbalan Pengarah Penjara Marang Terengganu ialah Solat Hajat dan Bacaan Yassin di Surau Penjara Marang, penyampaian pingat dan sijil penghargaan, ceramah motivasi dan aktiviti sukan indoor game melibatkan semua pegawai dan kakitangan Penjara Marang Terengganu.
""