Pada 19 Mac 2015, Pusat Koreksional Dungun telah mengadakan Sambutan Hari Penjara kali ke-225 peringkat Institusi yang disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Dungun, PKP Mat Bin Yaacob dan dihadiri oleh pegawai kanan serta semua kakitangan. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Pusat Koreksional Dungun dan diteruskan lagi dengan pemakaian pangkat kepada TPP Mazlan Bin Ibrahim yang telah disahkan jawatan serta penganugerahan pingat kepada anggota yang terpilih. Seterusnya sambutan Hari Penjara diteruskan dengan bacaan Perutusan KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Pelbagai program telah diadakan seperti Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan serta acara sukaneka. Kemuncak majlis telah diadakan bacaan yasin serta solat hajat dan ceramah agama yang telah disampaikan oleh wakil Pegawai Agama Daerah Dungun Terengganu.
""