Penjara Sungai Buloh telah menganjurkan program sambutan Israk Mikraj pada 28 Mei 2015. Bermula selepas solat Maghrib berjemaah di Surau An-Nur Penjara Sungai Buloh, majlis turut disertai oleh PKP Hj Mohd Farid bin Kassim,Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh dan lebih 300 ahli jemaah termasuk kakitangan serta keluarga. Ceramah khas, Israk Mikraj oleh PU Salman bin Maslori sarat dengan ilmu dan nasihat kepada jemaah yang hadir.
""