27 Mei 2015, bertempat di Surau Al-Ikhlas, Penjara Seremban, Negeri Sembilan telah berlangsung rakaman U-Turn "Mahalnya Sebuah Kesempatan" terbitan TV Al-Hijrah yang dihoskan oleh Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim. Rakaman ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Anas bin Ahmad Zakie, Pengerusi Lembaga Parol, Tuan Haji Alias bin Mamat, Setiausaha Bahagian Parol dan Komuniti, Kementerian Dalam Negeri, PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban serta pegawai dan 71 orang penghuni penjara. Rakaman program telah diadakan di Surau Banduan Penjara Seremban.
""