Pada 4 hingga 7 Jun 2015 Penjara Pusat Miri telah menyertai Expo Jualan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan Hasil Kraftangan, Pertanian, Serta Pameran Penjara anjuran Majlis Perundingan Mukim Berakas 'A' dan dengan kerjasama Kampung Jaya Setia, Kampung Jaya Bakti, Jabatan Daerah Brunei Muara, dan Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam. Expo yang dijalankan selama empat hari ini bertempat di Time Square, Shopping Centre Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam turut disertai oleh Penjara Limbang dan Jabatan Penjara Negara Brunei yang telah menarik ramai pengunjung terutamanya dari warga Brunei Darussalam. Tapak pameran Penjara Miri dan Limbang telah dilawati oleh Yang Mulia Awang Hj. Mohd. bin Dato Seri Setia Hj. Abdul Salam, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
""