14 Januari 2015- Sambutan Maulidur Rasul 1436H, peringkat Penjara Seremban telah diadakan di Surau Al-Jamiah, Penjara Seremban dengan bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'. Majlis bermula pada jam 6.30 petang dengan perarakan diringi dengan selawat beramai-ramai yang turut disertai PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban bersama kakitangan, ahli-ahli PERSIAP Penjara Seremban dan anak-anak kakitangan. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Saifuddin bin Maulup, Pengetua Pondok INABAH, Pedas, Negeri Sembilan.
""