27 Ogos 2014 Penjara Sungai Buloh telah menganjurkan Program Sukaneka dan Tarik Tali yang berlangsung di Padang Penghuni Penjara Sungai Buloh. Program ini melibatkan seramai 280 orang banduan dari Blok Abadi 1, Abadi 2, Berkat dan Ehsan. Acara yang dipertandingan ialah bawa bola pingpong dalam sudu, bina badan, gusti lengan, jalan kepit bola, lari dalam guni, tarik guni dan tarik tali dan lain-lain lagi. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran TKPj Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh.
""