Pada 27 Ogos 2014 Pihak Pengurusan Penjara Sungai Petani telah menerima kunjungan Konsulat Jenderal Republik Indonesia. Ketibaan disambut oleh PKP Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Penjara Sungai Petani. Seramai lima orang wakil dan diketuai oleh Consul General, Ronal J.P Manik. Kunjungan tersebut adalah sempena Hari Peringatan Kemerdekaan Negara Indonesia yang ke-67 Tahun bertempat di Dewan Sekolah Intergriti. Dalam lawatan tersebut pihak Konsulat telah memberikan sumbangan kepada 37 orang penghuni warga Indonesia.
""