30 Ogos 2014, YBhg.KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Naib Yang DiPertua MAKSAK Malaysia telah hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan Program Charity Cycling Merdeka MAKSAK 2014 bertempat di Rumah Pengasih Warga Prihatin (Pusat Asnaf, Anak yatim dan Pembangunan Akhlak) di Sungai Ramal Baru, Kajang. Pada sebelah pagi majlis pelepasan (flag off) peserta kayuhan seramai 150 orang telah dilakukan oleh YBhg. Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di hadapan Menara KBS, Presint 4, Putrajaya. Beberapa aktiviti amal telah dilaksanakan seperti Gotong Royong Membersih Kawasan, Aktiviti Sukaneka bersama penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin, Program Sembang Santai Patriotik bersama BTN, Cabutan Nombor Peserta Bertuah & Penyampaian Cenderahati dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin.
""