6 September 2014 Penjara Kajang telah menerima kunjungan seramai 51 orang pegawai majistret yang sedang mengikuti kursus 'Workshop On Child and Youth Justice System' anjuran Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Rombongan tersebut telah disambut oleh Penguasa Penjara Ranjit Singh Gurdev Singh dan TPP Saharuddin Ahmad. Aturcara lawatan diisi dengan sesi taklimat, lawatan ke Sekolah Integriti Kajang, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.
""