6 September 2014, SHG Telok Mas menerima kunjungan rombongan seramai 45 orang yang terdiri daripada Pegawai Undang-Undang ,Penolong Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Tadbir dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri. Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh KIP Mohammad Idham bin Mohamad Fahmi dan diteruskan dengan aktiviti bersama penghuni. Pihak institusi turut menerima sumbangan naskah Al-Quran, majalah ilmiah, peralatan sukan dan peralatan in-door game dari Pejabat Penasihat Undang-Undang KDN.
""