05 Oktober 2014 , Penjara Sandakan telah menganjurkan Majlis Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha di Masjid As-Syakirin, Penjara Sandakan. Sebanyak 4 ekor lembu sumbangan daripada kakitangan Penjara Sandakan telah dikorbankan dalam majlis tersebut. Pengagihan daging korban kepada kakitangan telah disempurnakan oleh PKP Sazali bin Ismail dan TPP Muhammad Khalid bin Muhammad. Turut hadir dalam majlis tersebut mantan Pengarah Penjara Sandakan Tuan Aziz Khan bin Hamid Khan, Ahli PERSIAP dan kakitangan Penjara Sandakan.
""