Kota Kinabalu, 12 Oktober 2014; Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2014 kelolaan Ibu Pejabat Penjara Sabah, telah diadakan di Kompleks Sukan Likas yang disertai 13 pasukan. Kejohanan ini diadakan pada 10-12 Oktober 2014.
Dalam kejohanan kali ini, seramai 10 pengadil Kelas 1 dan 2 daripada Persatuan Sepak Takraw Sabah terlibat sebagai pengadil sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Perlawanan akhir, menyaksikan Melaka merangkul gelaran Juara Acara Berpasukan dengan menumpaskan pasukan Selangor A (Penjara Kajang). Bagi Acara Regu Terbuka pula, pasukan Selangor A (Penjara Kajang) muncul Juara apabila menewaskan Pasukan Melaka. Naib Johan acara berpasukan ialah Selangor A dan Ketiga bersama ialah Sabah dan Sarawak. Bagi Acara Regu Terbuka pula tempat Ketiga bersama ialah pasukan Sabah 2 dan Johor A.
Y.B. Datuk Louis Rampas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah telah merasmikan majilis penutupan tersebut yang diadakan di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengarah Penjara Negeri Sabah, TKPj AB Basir Bin Mohamad serta Ketua-ketua Institusi Zon Sabah.
""