6 November 2014, Bertempat di Dewan Kompleks Penjara Pokok Sena, Kedah telah diadakan majlis sambutan Hari Penjara Ke-224, Peringkat Institusi Penjara Pokok Sena, Kedah. Majlis disempurnakan oleh TKPj Kushairi bin Manap, Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah yang turut menyampaikan pingat dan sijil kepada seramai 96 orang kakitangan. Selain itu, pelbagai acara telah dijalankan sempena sambutan Hari Penjara seperti majlis bacaan Yassin,Tahli dan Doa Selamat dan gotong royong antara zon. Di surau Al - Abbidin Penjara Pokok Sena diadakan acara memasak Bubur A'syura. Pertandingan bola sepak di antara pegawai-pegawai dan para anggota lain-lain pangkat turut diadakan pada sebelah petangnya dan majlis turut disikan dengan ceramah agama bersempena Ma?al Hijrah 1436 Masihi.
""