Satu majlis ringkas penyerahan Surat Tawaran kepada pelajar terbaik 2013 (telah bebas) telah diadakan pada 14hb Mei 2014 (Rabu) oleh PKP Lim Kim Mooi, Pengarah Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah SHG, PP Arzaee Bin Abdullah dan Ketua Unit Akademik En. Othman Bin Markom dan TPP Yusni Bin Habibullah. Dalam masa yang sama juga, terdapat 3 orang pelajar yang masih berada di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka telah mendapat surat tawaran untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Dan kini ketiga-tiga pelajar tersebut sedang dalam proses pembebasan berlesen.
""