26 Mei 2014, Jabatan Penjara Malaysia bersama PERSIAP Malaysia mengadakan Program Oh! Ibu Penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bersama YBhg. Datin Feona Sim Bt. Abdullah isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri yang diadakan di Padang Hang Lekir , Sekolah Henry Gurney, Melaka. Majlis turut dihadiri YBhg. Datin Sri Hasmah Bt Abu, isteri Ketua Setiausaha Dalam Negeri, YBhg. Datin Sri Hajah Noraini Bt Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Wira Hajah Umul Khair Bt Nordin, isteri ADUN Telok Mas, Melaka, wakil Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia serta Pengerusi dan ahli PERSIAP Cawangan Penjara Negeri Melaka dan beberapa Cawangan PERSIAP berhampiran. Program ini memberi peluang kepada seramai 50 penghuni yang tidak mempunyai ibu serta tidak pernah dilawati sepanjang proses pemulihan di sini.
Selain acara beramah mesra, ahli PERSIAP dan penghuni tersebut turut bersama-sama menyertai enam acara sukaneka. Turut bersama memeriahkan suasana adalah persembahan Pasukan Pancaragam Penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
""