24 Jun 2014 bersamaan 26 Syaaban 1435 di Surau As-Sakinah, Kompleks Penjara Seberang Perai telah diadakan Program Penghayatan Ramadhan Kareem sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435. Pengisian program ialah ceramah Ramadhan dan zikrullah yang telah dikendalikan sepenuhnya oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Fadhly b. Hasbullah atau lebih dikenali dengan Ustaz Manis yang merupakan seorang Guru, Artis Nasyid Personaliti dan Panel Motivator.
Manakala pada 25 Jun 2014 bersamaan 27 Syaaban 1435 pula berlangsung Kursus Penghayatan Ramadhan 1435. Majlis bermula jam 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang dengan 3 Slot Kuliah. Slot 1 'Amalan Utama Di Bulan Ramadhan' telah disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohamad Zaki b. Hj. Abdul Halim, slot 2 'Ramadhan Bulan Al-Quran' oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus b. Hj. Ahmad dan slot 3 'Hukum-Hakam Ibadah Puasa' oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Muhamad Tarmizi Shamsul Arif.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam serta Pengerusi PERSIAP Puan Wan Paizah binti Mustafa serta ahlinya.
""