14 Januari 2014, Jabatan Penjara Sungai Buloh telah menyertai Perarakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1435H / 2014M yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Jabatan Penjara Sungai Buloh telah menghantar seramai 40 orang kontinjen lelaki yang diketuai oleh TPP Sapudin Bin Said. Perarakan bermula di dalam Stadium Mini Shah Alam menuju ke Stadium Melawati Shah Alam sejauh 1.6 KM. Jabatan Penjara Sungai Buloh telah memenangi tempat ketiga bagi Kategori Badan Beruniform dalam pertandingan Perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor kali ini.
""