26 Januari 2014, Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau Al-Abidin, Penjara Pokok Sena. Majlis bermula jam 7.30 malam dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan jamuan makan malam dengan hidangan 'nasi talam'. Selepas solat Isya?, majlis diteruskan dengan ceramah sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Sohibus Samahah YBhg. Dato' Syeikh Muhamad Baderudin bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Kedah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ketua-ketua institusi Zon Utara dan pegawai serta ahli keluarga kakitangan.
""