| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah

Pada 11 Februari 2014, jam 09.30 pagi dan bertempat di Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Negeri Sabah telah diadakan Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah di antara PP Maidin bin Hj.Din dengan PP Hamdan bin Salleh yang disaksikan oleh TKPj.Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh PKK Suria bin Hj.Idris, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan PKP Nora binti Musa, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu serta pegawai-pegawai parol Sabah dan pegawai-pegawai kanan Kompleks Penjara Sabah. Tepat jam 11.00 pagi, PP Maidin bin Hj.Din melakukan ketik terakhir pada kad perakam waktu beliau menandakan hari dan waktu terakhir menjadi Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah yang akan bersara wajib setelah 39 tahun menabur bakti dan jasa pada Jabatan Penjara Malaysia.

 

""