| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil 2 Tahun 2014

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi (MKKI) Bil 2 Tahun 2014 telah diadakan pada 30 November hingga 2 Disember 2014 bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 85 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Institusi dan wakil daripada Kementerian Dalam Negeri. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini  berobjektifkan:

 

> Memberi pendedahan kepada ketua-ketua institusi berkaitan isu dan cabaran yang telah, sedang dan bakal dihadapi oleh Jabatan dan mengemukakan cadangan penyelesaian agar Jabatan sentiasa selari dengan perkembangan semasa;

> Meneliti semula program-program yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan visi, misi dan objektif Jabatan berada pada landasan yang sebenar dan dicapai dengan jaya;

> Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui perkongsian ilmu dan cetusan idea bersama serta mengatasi karenah birokrasi; dan

> Memperkasa jaringan kerjasama antara pengarah-pengarah bahagian di peringkat ibu pejabat dan ketua-ketua institusi.


Perjalanan MKKI Bil 2 Tahun 2014 pada hari pertama dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan seterusnya pembentangan laporan maklumbalas oleh Setiausaha Mesyuarat, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dan Mesyuarat Agong Majlis Sukan Penjara Malaysia.  Hari berikutnya mesyuarat dimulakan dengan taklimat Penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan/ Goods and Services Tax (GST) yang disampaikan oleh Tn Mohd Zaidiharis bin Mohamad Yusuf dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan diikuti oleh pembentangan isu Sektor Pengurusan serta Sektor Keselamatan dan Koreksional. Acara yang dimuatkan pada hari terakhir iaitu 2 Disember 2014, ialah taklimat Kajian Stress yang disampaikan oleh PKP Dr. Kamsiah binti Kamin dari Bahagian Dasar Kepenjaraan, Transformasi Jabatan dan sesi penggulungan mesyuarat. Majlis penutupan mesyuarat kali ini disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

 

""