Pada 08 November 2014 (Isnin) Penjara Sungai Petani telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah-Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney 2014 yang diadakan bertempat di Dataran Akasia Penjara Sungai Petani, Kedah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar , Ketua Pengarah Penjara yang diiringi YBhg. Datin Sri Hajjah Noraini binti Hj. Man, Pengerusi PERSIAP Malaysia. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Tuan Hj. Mohd Noor bin Wan Endut, Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Timbalan Komisioner Haji Darussalam bin Hj. Budin, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan, PKK Mohd Muslih Bin Mahmud, Pengarah Penjara Sungai Petani. Pengarah-Pengarah Institusi Zon Utara, Pengarah-Pengarah Parol Zon Utara, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Kuala Muda Yan, Pegawai Pendidikan Daerah dan Penyelia-Penyelia Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Objektif program ini ialah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar atas usaha gigih dan kesungguhan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam keputusan PMR dan SPM tahun 2013.Anugerah Khas Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah dimenangi oleh Syed Afif bin Syed Mohamad Uzir dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyian nasyid, persembahan sajak dan sketsa oleh penghuni Sekolah Integriti Sungai Petani.
""