Pada 04.04.2014, jam 08.30 pagi dan bertempat di Dewan Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan,W.P Labuan, pihak Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah telah dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan sistem parol kepada Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah Kota Belud, Sabah. Taklimat telah disampaikan oleh PP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah. Mesyuarat tersebut di pengerusikan oleh En.Abdul Gani bin Itam, Pegawai Daerah Kota Belud yang turut dihadiri oleh YB Datuk Hj.Mubah bin Hj.Jamli, ADUN N.6 Tempasuk yang merangkap Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah dan YB. Datuk Seri Panglima Mohd Salleh bin Tun Said, ADUN N.8 Usukan yang merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah serta ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah Kota Belud. Pada mesyuarat tersebut pihak Parol Sabah telah dijemput untuk menjadi ahli mesyuarat dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kota Belud yang akan diwakili oleh Pegawai Parol Daerah Kudat.
""