23 April 2014, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota Kluang bersama Jabatan Pertanian Daerah Kluang telah menganjurkan kursus membuat roti dan pizza bertempat di Dewan Serbaguna PPP Kem Mahkota. Kursus dihadiri oleh 30 orang diselia (ODS) serta beberapa anggota PPP Kem Mahkota, Penjara Kluang dan Parol Negeri Johor. Objektif program ini adalah untuk memberikan ilmu keusahawanan dalam perniagaan berskala kecil sebagai asas memulakan penghidupan yang lebih produktif di masa hadapan.
""