Kota Bharu, 31 Ogos 2013 - Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan telah mengadakan program Merdeka Raya Aidilfitri 2013. Program berkembar berbentuk pendidikan komuniti bersempena dengan bulan kemerdekaan dan sambutan hari raya melibatkan semua keluarga kakitangan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan dan Kakitangan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Desa Pahlawan.
Program Merdeka Raya Aidilfitri 2013 ini bermula dari perkarangan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan dan menyusuri jalan Kota Bharu - Bachok - Pasir Puteh sehingga ke Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu. Di sepanjang perjalanan,semua kenderaan kakitangan telah mengibarkan Jalur Gemilang telah singgah sementara di Masjid Kuala Semerak, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan untuk beramah mesra dengan jemaah masjid bagi menerangkan pelaksanaan Sistem Parol dan program lain di bawah inisiatif NKRA selain Program PPP.
Di sebelah malamnya pula telah diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tanjung Demong, Beach, Resort, Besut, Terengganu. Pelbagai aturcara telah diadakan pada malam tersebut antaranya persembahan karaoke nyanyian lagu raya dan kemerdekaan, pemberian duit raya yang disampaikan oleh Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan, PP Mat bin Yaacob. Selain itu cabutan bertuah dan persembahan bunga api juga telah diadakan bagi menambahkan kemeriahan majlis. Aneka juadah hari raya telah disediakan kepada kakitangan. Kemuncak acara adalah kiraan detik 12 malam dengan diiringi nyanyian lagu 31 Ogos dan laungan merdeka. "MALAYSIAKU BERDAULAT....TANAH TUMPAH DARAHKU".
""