| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kompleks Songket Terbesar Di Penjara Marang Terengganu

25 September 2013 , Industri Songket Penjara Marang telah mencipta sejarah apabila Kompleks Kecemerlangan Songket telah diwujudkan dengan melibatkan gabungan 4 songket utama iaitu:-


i. Pesona Songket yang menghasilkan rekabentuk songket Terengganu dan Kontemporeri



ii. Nusantara Songket bagi rekabentuk songket Nusantara, Klasik serta songket Sutera



iii. Kasih Songket bagi rekabentuk songket corak baru



iv. Pelangi songket bagi rekabentuk songket beridentitikan songket Marang

 

Kompleks berkenaan juga akan menjalankan proses mewarna pelbagai losen bagi tenunan songket.  Ilham penubuhan kompleks ini adalah cetusan idea dan hasrat Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar bagi melihat perusahaan songket di Jabatan Penjara berkembang sebagai industri produk berskala besar Jabatan.  Pengstrukturan kompleks songket ini telah dibuat dengan bantuan teknikal dari Prof. Madya Sulaiman  Abdul Ghani, Pensyarah Jabatan Seni Reka Tekstil,  Falkuti Seni Lukis & Seni Reka UiTM dan pengurusan Penjara Marang. Penwujudan kompleks ini dijangka dapat merealiasasikan  pengeluaran songket sebanyak 200 helai sebulan dan menjana pendapatan RM 1 juta setahun menjelang tahun 2015.  Kompleks ini yang akan menjadi mercu tanda pusat kecemerlangan songket Jabatan Penjara Malaysia juga menempatkan  pusat sumber rujukan songket yang akan dibina pada tahun 2014.

 

""