| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Utara Tahun 2013

12 Oktober 2013 Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Utara Tahun 2013 anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah diadakan bertempat di Auditorium , Pusat Koreksional Perlis . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Mat Rawi bin Kassim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis . Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negeri Perlis , KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan , PKP Mat Johir bin Asin @ Hashim, Pengarah Pusat Koreksional Perlis dan Pengarah-Pengarah Zon Utara.


Majlis tersebut dihadiri oleh 315 orang termasuk Siswa-Siswi Koreksional (SISKOR) , pelajar Rumah Kanak-Kanak Arau, PERSIAP , wakil-wakil Jabatan Kerajaan serta komuniti berdekatan. Majlis dimulakan dengan persembahan daripada anak-anak kakitangan dan pengkisahan pengalaman bekas banduan.


Sesi forum bertajuk "Memasyarakatkan Penjara" telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Al Fadzil Ustaz Hashim bin Othman Al Hafiz, Penolong Pengarah Unit Dakwah,JAIPs. Panel forum terdiri daripada  TKPj Haji Darussalam bin Haji Budin,Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Yang Berbahagia Dr Huzili bin Hussain,Dekan Pusat Teknologi Komunikasi & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis ,UniMAP dan Yang Berbahagia ASP Azmi bin Abdul Hamid,Setiausaha Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Perlis.


Jemputan turut berpeluang melawat pameran daripada Jabatan Penjara, Polis DiRaja Malaysia Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis, Kastam DiRaja Malaysia Negeri Perlis, Maybank Islamic Berhad , RHB Berhad Cawangan Kangar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis dan Syarikat Penapis Air Bio Aura Berhad. Jemputan menikmati jamuan makan tengah hari sambil dihiburkan oleh Kumpulan Seni Warisan Sri Mengkuang.

 

""