Kesinambungan daripada senarai program Sempena Hari Jabatan Penjara pada 8 November 2013, Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan ke Rumah Wargatua Sri Pritchard Kinarut Sabah. Lawatan yang diketuai oleh TKPj AB Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah ini turut disertai oleh kakitangan Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Parol Negeri Sabah. Pada majlis itu juga, TKPj AB Basir bin Mohamad yang mewakili Penjara Negeri Sabah telah memberi sumbangan berupa makanan kepada semua penghuni Rumah Wargatua Sri Pritchard Kinarut Sabah.
""