Pada 26 Oktober 2013 Institusi Sekolah Henry Gurney Melaka telah mengadakan Program Restu Ilmu dan Solat Hajat kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Inisiatif program yang bertujuan melonjakkan kecemerlangan SPM 2013 ini telah dirasmikan oleh PKP Rohana binti Abdullah, Pengarah SHG Melaka. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pelawat, Guru-guru Akademik serta keluarga dan ibubapa pelajar sendiri. Majlis dimulakan dengan Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Dhuha yang dipimpin oleh Imam Baghowi bin Ahmad Mashud. Turut diadakan ceramah motivasi oleh Ustaz Razak bin Arbain. Kemuncak acara ialah ikrar dari pelajar SPM dan restu ilmu dari para guru akademik. Ikrar guru diketuai oleh En Othman bin Markom Penyelia Akademik. Program diakhiri dengan persembahan nyanyian lagu "Terima Kasih" daripada pelajar.
""