22 November 2013 (Jumaat) Penjara Kajang telah menerima lawatan delegasi luar negara sempena Persidangan International Society Addiction Medicine. Kunjungan seramai 17 delegasi luar negara dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Switzerland, Italy, Jerman, Republik Czech, Perancis, Jepun, New Zealand, Australia, Albania dan Korea Selatan adalah melihat keberkesanan pelaksanaan Program Harm Reduction dan program kesihatan ke atas penghuni Penjara Kajang. Penerangan telah diberikan oleh PP Ranjit Singh a/l Gurdev Singh dan TPP Shaharudin bin Ahmad. Program ini juga merupakan kerjasama di antara Jabatan Penjara Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
""