25 April 2013, Penjara Bentong, Pahang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Bentong telah mengelola Perkhemahan Pasukan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2013. Perkhemahan ini telah diadakan di Kompleks Penjara Bentong, Pahang. Matlamat perkhemah ini diadakan adalah untuk member pendedahan yang lebih luas mengenai aktiviti kepenjaraan untuk meningkatkan disiplin dan sahsiah diri, membina semangat kerjasama dan patriotisma di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tanggungjawab dalam membimbing rakan sebaya bagi menghindari gejala-gejala sosial yang semakin meningkat pada masa kini.
Perkhemahan ini telah bermula pada 23 hingga 25 April 2013 dan seramai 142 ahli kadet koreksional dari empat buat sekolah iaitu Sek Men Keb Karak Setia, Sek Men Keb Seri Pekan, Sek Men Keb Indera Shahbandar dan Sek Men Keb Mat Kilau telah terlibat dalam perkhemahan ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa perkhemahan ini adalah seperti kawad kaki, seni tangkas penjara atau SENTAP, aktiviti kebudayaan dan aktiviti rentas halangan. Dimana segala aktiviti yang dilaksanakan dapat mewujudkan nilai integrasi nasional bagi mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan anggota kadet koreksional di samping mencungkil bakat dan daya kepimpinan yang lebih berintelek dan serba boleh.
Majlis Perasmian Penutupan Pasukan Kadet Koreksional ini telah disempurnakan oleh Encik Rosdi bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang. Turut hadir dalam majlis TKPj Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong, Pegawai Pelajaran Daerah Bentong, Pengarah Penjara Penor, Pahang, Pengetua-Pengetua Sekolah terlibat dan guru-guru penasihat Kadet Koreksional.
""