Pada 13 Mei 2013 bertempat di perkarangan Penjara Alor Setar telah berlangsung Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Alor Setar di antara PKP Ahmad Saidi bin Hamzah dan PKP Abu Hasan bin Hussain.
Majlis dimulakan dengan PKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Alor Setar menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Kunci Kuasa di antara PKP Ahmad Saidi bin Hamzah dan PKP Abu Hasan bin Hussain telah disaksikan oleh PKK Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Taiping, Perak.
Seterusnya, PKP Abu Hasan bin Hussain, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku selaku Pengarah Penjara Alor Setar yang baru.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Dato? Bentara Setia Dato' Hj Arfanuddin bin Dato' Hj Hussain, Pengerusi Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Kedah, Ketua-ketua /wakil-wakil Institusi Penjara Negeri Kedah dan Perlis, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Kedah dan Jawatankuasa Persatuan Bekas Pegawai Penjara (EXPOAM).
""