27 Jun 2013 - Unit Program Pembangunan Insan telah menganjurkan program Ceramah Israk dan Mikraj Peringkat Penghuni yang melibatkan seramai 163 orang penghuni. Majlis ini telah dirasmikan oleh PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban. Program ini bertujuan memberi pengetahuan tentang Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W dan mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasbi bin Ismail, Guru JQAF dari Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya, Negeri Sembilan.
""