| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Majlis Konvokesyen Program Sistem Latihan Dual Nasional Di Pusat Latihan Kemahiran Taiping

Pada 5 Julai 2013, Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Konvokesyen Program Sistem Latihan Dual Nasional di Pusat Latihan Kemahiran Taiping yang pertama kali diadakan di institusi Penjara Taiping. Seramai 45 orang penghuni telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dalam bidang pengkhususan masing-masing. Sijil disampaikan oleh PKK Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Taiping.


Turut hadir dalam Majlis tersebut Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya Encik Mohd Bin Yaakop, En. Beny Suparman Bin Awang, wakil daripada bahagian Vokasional dan Industri, Ketua-ketua Institusi-Institusi Penjara Zon Perak Utara dan Ketua-ketua Jabatan sekitar Daerah  Larut Matang dan Selama.

 

""