Pada 06 Julai 2013 (Sabtu), telah diadakan majlis penutupan Hari Gawai Dayak (Ngiling Bidai) bagi Penjara Pusat Miri yang dirasmikan oleh PKP Kamarul Alam Bin Taib. Majlis telah dihadiri lebih kurang 250 hadirin termasuk ahli keluarga anggota dan kakitangan Penjara Pusat Miri. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Naib Yang Di-Pertua PERSIAP IPPM iaitu Y.Bhg Datin Hjh Shakimah Binti Abdullah serta rombongan, Pengarah-Pegarah Penjara Zon Sarawak, Pengerusi Hakim Pelawat Penjara Pusat Miri, Pengetua SMK Riam (sekolah Kadet Koreksional diadakan), dan Ketua-Ketua rumah panjang sekitar Penjara Pusat Miri. Majlis pada malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran serta persembahan oleh pelajar Kadet Koreksional dari SMK Riam. Program ini telah mencapai objektif iaitu merapatkan lagi semangat kerjasama dan hubungan silaturrahim dikalangan anggota dengan masyarakat selaras dengan tema majlis iaitu " Segulai, Sejalai, dan Se'ati".
""