Pada 04 Julai 2013 (Khamis), bertempat di Surau Kemta, Institusi TTP Taiping telah mengadakan satu Pogram Ihya Ramadhan iaitu Majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Program tersebut diadakan bertujuan sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak serta mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara kakitangan dan institusi yang lain. Seramai (3) orang panel jemputan dijemput bagi mengupas tajuk 'Ramadhan Membentuk Peribadi Muslim Sejati'. Program dimulai dengan bacaan tahlil, solat maghrib dan seterusnya diikuti dengan jamuan makan serta ceramah. Majlis turut dihadiri kakitangan daripada institusi berdekatan.
""