30 Jan 2013 ( Rabu ), Penjara Sungai Buloh dengan kerjasama pihak Rotary Club dan Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn telah menganjurkan sesi ke dua program rawatan mata secara percuma kepada penghuni Penjara Sungai Buloh. Program kali ini melibatkan seramai 82 orang penghuni. Di akhir program , pentadbiran Penjara Sungai Buloh telah menerima sebanyak 28 buah cermin mata sumbangan pihak Rotary Club kepada kumpulan pertama penghuni yang telah menerima rawatan pada tahun lepas.
""