Selasa, 05 Februari 2013 Penjara Pusat Kota Kinabalu. Telah berlangsung Program Perjumpaan 1Malaysia 1Penjara serentak di seluruh Penjara Malaysia. Antara objektif program ini adalah sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara banduan dan keluarga, menyediakan platform berkesan untuk pemimpin mendekati rakyat dengan mengenalpasti isu-isu kebajikan dalam kalangan rakyat khasnya, golongan banduan dan keluarga mereka serta menggalakkan penerimaan dan kerjasama kerajaan, pemimpin, badan bukan kerajaan dan ahli keluarga dalam aktiviti pemulihan banduan. Seramai 30 orang banduan terpilih namun hanya 28 ahli keluarga yang bersetuju untuk menjayakan program tersebut. Pelancaran gimik Program Perjumpaan 1Jam 1Malaysia yang telah disempurnakan oleh PKP Abd. Halim bin Ma-Hasan, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu tepat pada jam 02.30 petang. Majlis diserikan dengan persembahan Kumpulan Kebudayaan Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu serta sidang Media bersama Pengarah Penjara Pusat turut diadakan. Program tamat pada jam 04.00 petang.
""