Penjara Sungai Petani telah mengadakan Latihan Kecergasan Mental dan Fizikal Anggota siri 1/2013 bertempat di Gunung Jerai, Gurun Kedah pada 12 Januari 2013. Seramai 15 orang anggota telah mernyertai latihan tersebut dan di ketuai oleh Timbalan Pengarah Jamaludin bin Awang Kechik.
Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan ketahanan mental fizikal kakitangan, memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan tahap stamina kakitangan. Pada jam 8:30 pagi, semua peserta sampai kaki Gunung Jerai, semua anggota melakukan senaman regangan bagi mengelakan kecederaan sebelum memulakan pendakian. Pendakian yang mengambil masa selama 6jam telah dapat memberi pelbagai pengalaman dan permandangan alam semulajadi yang menarik kepada anggota. Semua peserta telah berjaya sampai ke kemuncak dan menikmati permandangan dan kesegaran udara semulajadi disamping mencapai objektif latihan yang mementingkan nilai kerjasama berpasukan.
""