Kuching, 22 Februari 2013, Majlis Malam Penghargaan dan Aungerah Sukan Tahun 2012 Jabatan Penjara Malaysia Zon Sabah dan Sarawak telah diadakan di Dataran, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Y.Bhg. Tetamu kehormat pada majlis ini ialah KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut YS KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pengurusan), TKPj Dato' Mohd Sakeri bin Haji Dollah, Ketua Seksyen Vokasional & Industri, TKPj Haji Nordin bin Muhamad, Pengarah Pembangunan dan Profesionalisme, PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak, Ketua - ketua institusi Penjara Negeri Sarawak dan ExPOAM Penjara Negeri Sarawak.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para atlit, pegawai sukan, sumbangan pegawai dan kakitangan yang telah memberi khidmat bakti kepada kemajuan sukan jabatan serta paling bermakna menghimpunkan atlit-atlit yang pernah menjadi lagenda sukan Negara bagi peringkat Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. Pada majlis tersebut, KJP Y.Bhg. Dato' Sri menyampaikan sumbangan daripada Majlis Sukan Penjara Malaysia kepada bekas-bekas atlit daripada Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. Tokoh sukan bagi Zon Sarawak dianugerahkan kepada Y.Bhg. Dato Haji Abang Talhata bin Haji Hazmi, mantan Pengarah Penjara Negeri Sarawak manakala tokoh sukan Zon Sabah dianugerahkan kepada Tuan Haji Mohd Farid Abdullah @ Peter Govind. WP Tanakendiran a/l Sumudam yang bertugas di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia telah dinobatkan sebagai Olahragawan Jabatan Penjara Malaysia tahun 2012 manakala Olahragawati pula dianugerahkan kepada WP Arni Sarah binti Hanapiah yang bertugas di Penjara Pengkalan Chepa. Selain daripada itu majlis turut menyaksikan Pelancaran Kalendar Kejohanan Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi Tahun 2013.
""