1 Ogos 2013, Penjara Penor telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan Khatam Al-Quran peringkat Penjara Penor. Majlis turut dihadiri oleh Yang Hormat, Dato' Shamsiah binti Hussin iaitu Pengarah Kebajikan Masyarakat, Pn. Nurliza binti Mohd Ali, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK), Mejar Idham bin Md. Nor, Ketua Penempatan Kem Batu 10 dan lain-lain. Majlis yang mengambil tempat di perkarangan bengkel tenun itu telah bermula seawal pagi lagi dan turut dimuatkan dengan ceramah agama.
""