10 Ogos 2013 - Unit Pemulihan dan Rawatan, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 bertempat di Wisma PPA Batu Gajah. Program Jalinan Kasih pada tahun ini melibatkan seramai tiga orang penghuni yang telah dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk merasai kemeriahan suasana sambutan hari raya disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran PKP Osman bin Lehan, Pengarah PPA Batu Gajah, Perak dan TPP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin, Ketua Unit Pemulihan Dan Rawatan, PPA Batu Gajah, Perak.
""