25 Ogos 2013 Bertempat di Penjara Pokok Sena telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Zon Utara 2013. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Komisioner Jeneral Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir memeriahkan majlis adalah KPj Jamaludin bin Saad, TKPj Haji Ahmad Faudzi bin Awang, Pengarah-pengarah Institusi Zon Utara, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, pesara-pesara serta kakitangan dan ahli keluarga.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengarah Penjara Pokok Sena, TKPj Tan Tian Heng. Seterusnya YBhg. Dato' Sri melancarkan gimik sambutan Hari Raya dan melawat gerai-gerai makanan. Majlis jamuan makan juga dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya daripada kakitangan.
Kemuncak acara majils adalah cabutan bertuah dan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar, KPj Jamaludin bin Saad dan TKPj Tan Tian Heng.
""