26.8.2013, Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitiri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Negeri Sabah telah diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS, Likas , Kota Kinabalu. Majlis dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Ketua Menteri Sabah serta semua Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Sabah. Selain itu, pada majlis tersebut turut diadakan pertandingan gerai terbaik yang bertemakan "Merdeka Raya" disertai sebanyak 53 agensi Kerajaan Persekutuan yang lain. Gerai Jabatan penjara Malaysia (Sabah) dengan konsep kebudayaan etnik "Bajau Semporna" telah meraih Johan keseluruhan pertandingan tersebut.
""