Pada 8 September 2012 (Sabtu), Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Kajang dengan kerjasama Pejabat Rekod dan Pegawai Kebajikan Penjara telah mengadakan Program Jalinan Kasih bersempena Hari Raya Aidilfitri. Program bermula jam 09.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi di dataran kawad Rawatan Pemulihan Dadah (RPD). Seramai 26 banduan sabitan telah dipilih menyertai program tersebut yang telah dihadiri oleh 102 orang pelawat dewasa dan 21 kanak-kanak yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Turut hadir memeriahkan program ini ialah Timbalan Pengarah Penjara Kajang, PKP Adnan bin Atan.
""