Marang 17 September 2012 (Isnin), Program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat penghuni Penjara Marang telah diadakan bagi meraikan penghuni-penghuni bersama menyambut kehadiran bulan Syawal yang mulia ini bersama keluarga tercinta secara bersemuka agar dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Program yang diadakan di Dataran Insaf berjaya meraikan seramai 48 orang penghuni yang layak menyertai program ini. Pengarah Penjara Marang, PKP Hamzani bin Che Berahim telah merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri bersama guru-guru Sekolah Integriti, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan penjara dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan karaoke penghuni.
""