Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Zon Utara telah diadakan pada 3 September 2012 bersamaan 16 Syawal 1433 H bertempat di perkarangan Rumah Rehat Penjara Alor Setar, Kedah. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan kehadiran Y.Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Datin Wira Hjh. Noraini binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia.
Turut hadir, Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), En. Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, TKPj Hj Ahmad Faudzi bin Awang, Ketua Seksyen Inteligen dan Lt. Kol. Robai'ai bin Muhammad, Pegawai Memerintah Kem 6 RAMD, Kem Sultan Abdul Halim Mu�adzam Shah. Selain itu, Ketua-ketua Institusi Zon Utara, Pengarah-pengarah Parol Negeri Zon Utara, wakil-wakil Ketua Jabatan Negeri Kedah, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Institusi serta Parol Zon Utara.
Sebanyak 9 buah gerai yang menyediakan pelbagai makanan disediakan untuk tetamu menjamu selera. Tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan oleh Band 3 D's dan tarian dari Kumpulan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Kedah.
Dalam majlis itu , Y.Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah sudi menyampaikan saguhati dan sijil penghargaan kepada anak-anak kakitangan yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR,SPM dan STPM tahun 2011.
Bagi memeriahkan acara, Datin Wira Hjh. Noraini binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia bersama Puan Che Murni binti Che Cob, Pengerusi PERSIAP Penjara Alor Setar telah sudi menyampaikan duit raya kepada anak-anak kakitangan.
Diharapkan, penganjuran majlis ini sebagai salah satu jambatan merapatkan hubungan antara semua pihak khususnya kakitangan Institusi dan Parol Zon Utara.
""