22 September 2012 (Sabtu), Majlis perasmian Program Mesej Dari Penjara peringkat Negeri Perak telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Hj. Ahmad Shalimin Bin Hj. Ahmad Shaffie, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Perak. Ketibaan Y.Bhg, Datuk telah disambut oleh PKK Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Taiping, PKK Rosni Bin Mansor, Pengarah Penjara Tapah dan Pegawai-pegawai Penjara Negeri Perak. Selepas majlis perasmian, satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh Pn. Kartika Seri Dewi Sukarno Usahawanita yang berjaya. Majlis di teruskan dengan Forum bertajuk 'Mesej Dari Penjara' disampaikan oleh Tuan Hj. Abu Bakar Bin Mohd Juah bekas Pengarah Penjara sebagai Moderator, Ahli-ahli panel adalah TKPj Hj. Darussalam Bin Hj Budin, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan IPPM, En. Cheah Swwee Sen, Pengerusi MCPF Perak dan Penghuni Penjara Tapah SMPP 7-05-00758 AT Ismail Bin The Abdullah.
Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Perak telah berlangsung di Dewan Auditorium Ilmu, Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping, Perak. Majlis anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Perak ia turut dihadiri oleh Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Perak, Ketua-ketua Jabatan Negeri Perak , Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Taiping dan Angkatan Tentera Malaysia.
""