| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perjumpaan Presiden Cuepacs Bersama Anggota Penjara Zon Utara

24 Oktober  2012 - Presiden CUEPACS YBhg. Dato' Hj. Omar bin Osman telah hadir ke Pusat Koreksional Perlis  untuk menjayakan Majlis Perjumpaan Presiden Cuepacs bersama anggota Penjara Zon Utara.  Majlis ini juga turut dihadiri oleh KPj YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan,Pengarah Dasar Kepenjaraan , TKPj Hj Ahmad Faudzi bin Hj Awang, Pengerusi Persatuan Pegawai Penjara (POA), PKP Mat Johir bin Asin @ Hashim Pengarah Pusat Koreksional Perlis, Pengarah-Pengarah Institusi Zon Utara dan Pengarah-Pengarah Parol Negeri Zon Utara.


Majlis dimulakan dengan penjelasan berkaitan isu-isu semasa perkhidmatan awam serta tuntutan-tuntutan Cuepacs kepada pihak kerajaan berkaitan kebajikan seluruh anggota perkhidmatan awam. Sesi dialog bersama  Presiden Cuepacs diadakan sebaik sahaja tamat sesi penjelasan tersebut bagi mendapatkan pandangan anggota penjara berkaitan isu-isu kebajikan yang boleh diketengahkan oleh pihak Cuepacs .  Pelbagai aspek kebajikan disentuh oleh anggota dan Y.Bhg Dato'  Hj. Omar bin Osman memberi sepenuh  komitmen untuk mengetengahkan perkara yang dibangkitkan ke pengetahuan pihak kerajaan.

 

""