21 November 2012, Penjara Seremban telah mengadakan perjumpaan bersemuka sempena Hari Deepavali dan melibatkan seramai 8 orang penghuni dan bersama ahli keluarga di perkarangan Pejabat Penerimaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban.
Majlis dihiburkan dengan nyanyian oleh penghuni dan penyampaian cendermata daripada penghuni kepada keluarga masing-masing. Menerusi pendekatan program ini, ianya dapat memberi peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Deepavali bersama keluarga. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk berubah.
""